18 July 2020

BILA MAT DAN SEDIH DIHALANG SOLAT JUMAAT



"Agak sedih hari ini. Pukul 12 saya tunggu di masjid rumah saya dan abang Rela kita tak bagi masuk. Bukan sebab penuh ke, tak ikut SOP, semua ada tapi sebab bukan warganegara," demikian kongsi Mat Dan yang rasa terkilan kerana tidak dibenarkan masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah semalam gara-gara bukan rakyat Malaysia.

Bukan berat sebelah, namun walaupun kerajaan sudah membenarkan orang ramai untuk solat jemaah di masjid namun beberapa SOP telah ditetapkan contohnya mengamalkan jarak sosial untuk mengelakkan penularan Covid dan warga asing tidak dibenarkan masuk.



Dakwa Mat Dan, dia tidak dapat masuk ke masjid untuk solat Jumaat berjemaah kerana dia bukan warganegara Malaysia. Malah dia turut berkongsi pengalaman di Mekah dimana tidak mengenal kulit, bangsa atau rupa.

"Terima kasih kepada abang Rela dan minta pandangan masyarakat. Saya faham kita kena utama rakyat Malaysia. Tapi come on lah. Saya ikut SOP," tambahnya yang berasal dari ‎United Kingdom, tetapi popular melalui rancangan 'Mat Dan Kaki Jalan' kerana petah berbahasa Terengganu.

Bertabahlah Mat... ini hanya ujian kecil daripada Allah SWT. Banyak lagi ujian yang bakal kita lalui, tambah-tambah saudara baru macam Mat Dan!

Klik untuk gambar besar



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: