18 July 2020

NIKAH SENYAP - ZARINA ANJOULIE KINI SAH ISTERI EILYAS



Jika baru-baru ini Zarina Anjoulie mendakwa baru menyiapkan 20 peratus persiapan perkahwinan, namun terkini dia dan Eilyas Azhar akhirnya selamat bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

Ia disahkan sendiri oleh rakan baik Zarina Anjoulie, iaitu bintang Instagram yang juga juru solek, Aizat Abdul Razak, bahawa Zarina telah pun selamat bergelar isteri pagi semalam hanya sekali lafaz dengan berwalikan bapanya.



Melalui Insta Storynya, Zarina telah memuat naik beberapa IG story berbusana pengantin serba putih.

Untuk makluman, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun mereka bercerai pada Disember 2016.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Instagram Zarina Anjoulie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: