18 July 2020

VIDEO: RUMAH TANGGA NUBHAN GOYANG GARA-GARA HILANG KERETA?



Sebuah rakaman video penyanyi Nubhan Ahmad dan isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek sedang bertengkar mengenai kereta hilang di kawasan khalayak ramai menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan netizen sejak semalam.

Malah bila diajukan soalan oleh media, Nubhan memohon agar memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah rumah tangga bersama isterinya. Katanya, dia perlu masa untuk bertenang buat seketika.

"Aduh pasal video tu biarlah dulu. Saya pun taktau nak cakap macam mana. Saya rasa biarlah saya selesaikan dulu rumah tangga saya. Bagi bertenang dulu,” ujarnya dipetik sebagai berkata menerusi kiriman WhatsApp.



Untuk info, Video tersebut tular apabila ia memaparkan Nubhan menunjal kepala isterinya kemudian menjerit sambil mencengkam kepala isterinya itu.

"Sekarang ini kan kereta tau, kereta hilang. Saya dah takda duit nak beli kereta. Faham tak?" kedengan suara Nubhan melalui video tersebut yang menimbulkan rasa kurang senang kalangan netizen kerana seolah berkasar dengan wanita yang lemah.

Namun begitu, ada juga netizen yang beranggapan bahawa ia kemungkinan sekadar lakonan atau marketing publisiti Nubhan untuk video muzik terbarunya.

Apa kata anda?


TONTON VIDEO: https://www.youtube.com/watch?v=dXLc_iUsw4o

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: