17 July 2020

BILA WARIS TAMPIL BETULKAN 'GOOGLE' BERKAITAN TARIKH LAHIRNYA



"Google melakukan kesilapan sejak 8 tahun lepas. Saya rasa dah tiba masanya saya beritahu kesilapan Google berkaitan informasi tarikh lahir saya. Tarikh lahir saya ialah pada 18 Julai (esok). Saja nak beritahu, mana tahu dapat hadiah.



"Fitnah pada tarikh lahir itu. *Genre pop tu memang.....," tulis penyanyi rap Waris yang memberitahu lapan tahun agen pencarian Google tersalah informasi dan telah berkongsi tarikh lahir sebenar kepada pengikutnya di Instagram.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 31, sambil berseloroh berkata sudah tiba masanya dia memberitahu peminatnya tentang perkara itu. Penyanyi lagu 'Rembau Most Wanted' ini berkata ulang tahunnya jatuh pada 18 Julai dan bukan 31 Ogos seperti yang tercatat di Google.

Klik untuk gambar besar

Menerusi tangkapan skrin yang dikongsikan Waris, informasi berkenaan genre lagu yang dibawa juga tidak benar. Entri yang mencuit hati itu mendapat perhatian netizen yang turut berkongsi rasa lucu. Tak kurang juga pengguna Instagram yang memberikan ucapan sempena hari lahirnya pada Sabtu.

"Google ni keliru dengan Waris lain ke? - "Tak tahu pula pop ni kena nyanyi laju macam rap... maknanya Eminem, Tupac, Joe Flizzow ni genre pop la selama ni. - "Sama birthday la, bro. Happy birthday semoga panjang umur murah rezeki. - "Moga dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan happy sentiasa di samping keluarga tercinta, Aamiin," tulis beberapa netizen.

Waris yang popular dengan lagu-lagu rap loghat Negeri Sembilan telah berkecimpung dalam bidang nyanyian sejak 2012.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Waris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: