07 July 2020

DAYANA ROZA BAKAL BERTUNANG, AHLI PERNIAGAAN PILIHAN HATINYA



Tidak lama lagi, pelakon Dayana Roza bakal mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan. Menurut Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 29, dia sudah mengenali bakal tunangnya itu, Adale Adham, 33, sejak enam tahun yang lalu.



"Memang dalam perancangan bertunang. Insya-Allah dalam masa terdekat ni. Tapi buat masa ini demi menjaga hati kedua-dua belah keluarga, saya tidak boleh beritahu tarikh lagi. Sekarang ini tengah buat persiapan. Insya-Allah tidak lama lagi saya akan beritahu nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, Dayana menerusi satu entri di Instagram berkongsi sekeping foto yang memaparkan mereka berdua mengenakan pakaian sedondon berwarna hitam. Katanya lagi, bibit percintaan mereka hanya mula berputik pada tahun ini sebelum mereka berdua membuat keputusan melangkah ke fasa yang lebih serius.

Klik untuk gambar besar

Jelas Dayana, dia juga merancang untuk mengakhiri zaman bujangnya pada tahun ini: "Insya-Allah, rancang nikah tahun ini juga," katanya.

Sementara itu, menerusi posting tersebut, Adale turut mengakui wanita dalam gambar tersebut merupakan bakal isterinya: "Bakal isteri," tulisnya ringkas.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Dayana Roza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: