07 July 2020

ISU BANTUAN - AZZA ELITE MOHON NETIZEN BERHENTI DESAK DIRINYA



Pelakon dan penyanyi Azza Elite menerusi muatnaik di laman Instagram miliknya telah memohon netizen agar berhenti menghantar mesej peribadi meminta bantuan di Instagram secara mendesak kepadanya. Menurut Azza, dia juga tidak mampu untuk menghulurkan bantuan sepenuhnya terhadap semua individu yang meminta pertolongan daripadanya.



"Kak Za (panggilan Azza) nak tegur sikit, sikit sahaja. Ramai sangat DM (mesej secara peribadi) Kak Za minta bantuan. Ya, faham, Kak Za nak beritahu, Kak Za tidak mampu nak tolong semua orang. Hari-hari kamu DM minta bantuan sampai mendesak.

"Apakah? Saya sendiri hari-hari meniaga. Letak gambar baju ada yang beli ada yang tidak, tapi saya tetap yakin Allah bantu saya tapi bukan bermakna kita duduk minta bantuan sahaja," katanya menerusi satu entri di Instagram..

Menurut Azza lagi, dia juga turut terkesan dengan situasi sekarang lebih-lebih lagi dirinya bukanlah mempunyai punca pendapatan tetap: "Saya juga berhempas pulas. Tolong faham saya tidak ada gaji bulanan. Saya tidak berniaga di Singapura sudah empat bulan. Mujur ada shooting, duit shooting nilah saya tolong mak dan keluarga," jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Justeru, kata Azza, dia menasihati agar mereka yang berada dalam keadaan kesulitan untuk terus berusaha mencari alternatif lain demi mendapatkan sumber pendapatan harian: "Carilah kerja kalau kamu lelaki ada tangan, ada kaki. Mak saya pernah buat dua tiga kerja masa saya kecil. Cuci pinggan, cuci baju, pembancuh teh, kerja taska, buat nasik lemak jual.

"Saya rasa tu pasal dalam satu masa saya juga buat macam-macam kerja. Ada tu, minta bantuan, tapi gambar satu sahaja, mana kejujuranmu. Berhentilah DM saya. Mudah-mudahan yang meminta faham keadaan saya," pintanya.

Posting tersebut kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya: "Ya, betul tu. Lebih baik berusaha daripada meminta. Sejak PKP dah semakin ramai yang suka meminta-minta tanpa usaha. Orang yang tak sihat, tak cukup sifat pulak yang rajin cari rezeki demi sesuap nasi," tulis sebahagian pengikutnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Linda Azza Elite


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: