"Alhamdullilah, akhirnya keluar hero juga. Kali ni struggle sikit berbanding Adith, apapun terima kasih kepada Dr.Yuli dua-dua hero die sambut. Tenang je die walaupun niena dah macam apa je dekat labor room tu.
Niena memaklumkan berita gembira itu menerusi satu posting terbaru di akaun Instagramnya hari ini. Posting yang memaparkan gambar Neina, Rodi dan anak keduanya itu kemudian dipenuhi dengan ucapan tahniah.
Terdahulu, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin mendirikan rumah tangga bersama Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018. Niena selamat melahirkan putera sulung, Adithya Jabbar secara normal, jam 9:34 malam pada 14 Januari 2019.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Niena Azman
________________________

No comments:
Post a Comment