07 July 2020

JUMPA PENGGANTI - DUDA PILIHAN JACLYN VICTOR



Selepas bercerai dengan anggota kumpulan Az Yet, Shawn Rivera, penyanyi Jaclyn Victor mengakui sedang berada dalam fasa mengenali hati budi seseorang. Menurut Jaclyn atau lebih mesra dipanggil Jac, proses perkenalan dengan lelaki berstatus duda itu tidak memakan masa yang lama.



"Saya sangat gembira apabila telah bertemu dengan seseorang. Dia bukan dari kalangan orang seni. Lelaki ini tak kenal siapa diri saya. Tidak terlalu lama proses perkenalan kami. Kadang-kadang kita tak perlukan masa yang lama sebab dah selesa.

"Saya dah 42 tahun, tak ada masa untuk main-main lagi. Jadi bila saya bertemu dengan seseorang saya akan serius dan dia pun sama. Bila dah sampai masa, saya akan kongsikan kepada umum," katanya.

Jaclyn ditemui ketika majlis perasmian B.A.T.S Restaurant and Lounge miliknya yang terletak di Bangsar, semalam. Tambah pelantun lagu Gemilang itu, individu terbabit sangat mengambil berat dengan dua orang anaknya.

"Hubungan anak-anak dengan dia sangat rapat. Mereka panggil dia papa. Saya bersyukur apabila ditemukan dengan seorang insan yang sangat baik. Dia sangat menjaga anak-anak saya. Ini bukan pasal saya tetapi anak-anak. Macam mana dia sibuk pun, setiap hari dia akan luangkan masa. Anak saya boleh bercakap, membaca dan melukis salah satunya disebabkan dia," katanya lagi.

Pada Januari lalu, Shawn menerusi Facebook mendedahkan perkahwinannya dengan Jac sudah berakhir selepas lima tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: