20 July 2020

DIBERHENTIKAN KERJA - PEMBANTU PERIBADI ALIFF SYUKRI, KAK MEL LUAH PERASAAN



Pembantu peribadi usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri, Melati Abdul Ghani atau lebih mesra disapa Kak Mel menerusi laman Instagram miliknya telah tampil bersuara berhubung isu perkhidmatannya yang dikhabarkan akan diberhentikan tidak lama lagi. Kak Mel akui tidak kisah dan menganggap rezekinya hanya setakat itu.



Menurutnya, pelbagai khabar angin yang tidak sedap didengar berkenaan isu perkhidmatannya yang akan tamat tidak lama lagi sehingga beliau malas mahu bercakap panjang: "Anda baca sendirilah saya malas nak cerita banyak. Kalau cerita dongeng mungkin boleh direka-reka dan seronok dibaca. Saya tak kisah pun kena buang kerja sebab bagi saya, saya selalu yakin dengan rezeki Allah," tuturnya.

Berdasarkan notis yang dimuat naik di laman Instagramnya, susulan penurunan jualan yang menyebabkan kerugian syarikat, Kak Mel disahkan bakal diberhentikan tugasnya di Aliff Syukri Legacy Sdn. Bhd.: "Keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos perniagaan yang semakin meningkat menyebabkan syarikat mengalami kerugian," ujarnya.

Dalam pada itu, Kak Mel juga bakal mengakhiri tugasnya pada 5 Ogos 2020 selepas notis dikeluarkan sebulan sebelum. Kata Kak Mel, beliau seakan tersinggung apabila ada pihak yang mempersoalkan punca dia diberhentikan.

Klik untuk gambar besar

"Biasa, orang bawahan akan sentiasa dipandang bawah dan sentiasa dicampak kesaIahan. Kadang-kadang kita ni orang bawahan nak tuntut hak kita pun masih dianggap salah. Yang ada duit sajalah yang tak salah," katanya.

Kak Mel bagaimanapun turut mendedahkan yang dirinya sebelum ini telah melaksanakan tugas dengan baik selama bertahun-tahun tanpa kira penat lelah namun tetap redha bahawa ini merupakan risiko yang harus beliau hadapi.

Untuk rekod, Kak Mel antara pembantu peribadi yang paling lama berkhidmat dengan Aliff Syukri dan sentiasa menjadi penyeri dalam video yang dimuat naik di laman sosial usahawan tersebut.








www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Melati Abdul Ghani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: