20 July 2020

UCAPAN HARI LAHIR HAEL HUSAINI BUAT DAYANG UNDANG PERHATIAN



"HBTYLMNOPQRSTUVWXYZ," demikianlah tulis penyanyi Hael Husaini yang telah mendedikasikan ucapan buat teman rapatnya, Dayang Nurfaizah sempena ulang tahun kelahiran penyanyi lagu 'Di Pintu Syurga' itu yang ke-39 hari ini.



Hael yang memuat naik sekeping foto Dayang yang sedang tersenyum beserta kapsyen ringkas menerusi Instagram itu telah mengundang perhatian ramai. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Hael membuat andaian 'HBTYL' dalam susunan huruf tersebut membawa maksud 'Happy Birthday To You Love'.

"Tengok sekali je terus faham HBTYL, aduh sweet sangat! - "Auchh semut berkawad hoorah horeyh! - "Sweetnya wish on time!" tulis wargamaya.

Difahamkan, Hael membuat posting tersebut tengah malam tadi, sebaik sahaja memasuki tarikh 20 Julai. Bagaimanapun, Hael tidak memberikan sebarang respon terhadap usikan para pengikutnya itu. Seperti sebelum ini, peminat sering mengaitkan Hael dan Dayang serta berharap kedua-dua penyanyi ini menjalin hubungan istimewa memandangkan status masing-masing masih solo.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hael Husaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: