20 July 2020

DAKWAAN SUDAH BERTUNANG, ZIZAN RAZAK TAMPIL NAFI



Baru-baru ini timbul desas-desus yang mendakwa pelawak dan pelakon Zizan Razak telah pun mengikat tali pertunangan. Ketika ditanya berhubung perkara tersebut, Zizan tampil menafikan. Memberi penjelasan, Zizan antara lain turut memberitahu perkara itu tidak berlaku sebagaimana yang didakwa memandangkan dia kini masih sendiri dan tidak mempunyai teman istimewa.



"Tidak, tidak sama sekali. Tak ada. Sejujurnya memang tidak ada. Saya tak ada girlfriend. Saya memang tengah solo dan memang saya dengar berita je orang bertunang," seloroh bintang 'Polis Evo' itu.

Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak, 36, bagaimanapun menyambut positif perkara tersebut yang disifatkan sebagai satu doa yang baik dari peminat kepadanya: "Soal saya bertunang memang tidak ada. Akan tetapi kalau kata ia satu doa yang baik, saya terima dengan sebaik-baiknya. Cuma buat masa ini, memang tak adalah," katanya.

Ditanya sama ada dia akan berkongsi berita gembira melibatkan sisi peribadinya kepada umum selepas ini, Zizan menjelaskan tiada apa yang perlu disorokkan. Sebaliknya, dia sendiri sudah pun pasangan niat untuk mendirikan rumah tangga andai bertemu jodoh sesuai.

"Sudah tentu saya akan kongsi. Memang saya berniat untuk bertunang dan berkahwin. Buat masa sekarang, saya lebih selesa untuk relak. Kalau ada jodoh sesuai, saya kahwin. Sebab sebelum ini pun, mungkin saya terlalu bersungguh mengenai soal cinta dan kahwin. Bila jodoh tak sampai, saya reda," akuinya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: