20 July 2020

ELISYA DEDAH FASHA SUDAH ADA NAMA , MULA PANGGIL 'BABY A'



Pelakon Fasha Sandha yang bakal menimang bayi perempuan tidak lama lagi itu sudah mempunyai pilihan nama buat anak sulungnya hasil perkahwinan dengan pelakon Aidil Aziz. Bahkan, pilihan namanya itu juga sudah dikongsikan kepada adiknya, pelakon Elisya Sandha.



Menurut Elisya, kakaknya itu memilih untuk meletakkan nama bayi tersebut dengan awalan huruf A. Begitupun, Elisya ketika dihubungi memberitahu, dia enggan mendedahkan nama anak saudaranya yang bakal lahir itu: "Saya dah tahu nama, tapi tak nak dedahkan," jawabnya ringkas menerusi kiriman mesej di WhatsApp.

Terdahulu, Elisya menerusi satu hantaran di Instagram turut menyatakan rasa terujanya untuk bertemu dengan 'Baby A': "Saya tak sabar nak berjumpa awak, Baby A. Angah, sedarilah yang awak selalu ada dalam doa saya dan saya berharap agar semuanya dipermudahkan, Insya-Allah," tulis Elisya yang turut memuat naik gambar dirinya bersama Fasha ketika menghadiri majlis 'baby shower' baru-baru ini.

Untuk makluman, Fasha mendirikan rumah tangga dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu. Ini merupakan kehamilan bayi pertama mereka selepas keguguran sebanyak dua kali. Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Elisya Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: