20 July 2020

BILA AARON AZIZ MUAT NAIK 'ASAM PEDAS CICAK' BUAT NETIZEN 'LOYA'



Pelakon Datuk Aaron Aziz seorang yang peramah dan kelakar, jika anda sering mengikuti perkembangannya di laman Instagram. Aaron yang sering bergurau senda di laman sosial bersama peminat itu baru-baru ini telah memuat naik satu foto masakan asam pedas yang dicemari cicak.



Maka dengan itu, ramai yang telah berpusu-pusu meninggalkan komen mengatakan mereka berasa loya dan hendak muntah melihatkan foto tersebut: "Gambar dari FB Ketum Gaming. Siapa yang tak ada idea nak masak apa boleh cuba lauk asam pedas cicak," tulisnya.

Namun, yang menarik perhatian adalah apabila isteri Aaron Aziz, Datin Diyana Halik telah tampil meninggalkan sepatah dua kata kepada Aaron: "Why you post this one!" ujarnya. Nampak macam kena marah pun ada! Manakala, peminat yang megikuti entri berkenaan rata-rata terhibur dengan gelagat suami isteri ini.

Mengimbas kembali, Aaron yang berasal dari Singapura itu telah mendapat taraf penduduk tetap Malaysia pada tahun 2012 lalu kini bahagia bersama isteri tercinta, Datin Diyana Halik yang dinikahinya pada tahun 2003 yang lalu. Pasangan ini kemudian telah dikurniakan tiga orang cahaya mata setakat ini.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Aaron Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: