04 July 2020

DITUDUH BUANG USUS SETELAH KURUS MENDADAK - IFA RAZIAH TEMPELAK NETIZEN HATI HITAM


"Kenapa la hitam sangat hati tu? Saya tak pernah kacau hidup orang lain selama ini. Yang fitnah saya kata saya buang usus tu mungkin ada masalah dengan diri dia sendiri. Rasanya semua orang tahu sebab saya dah pernah cerita sebelum ni macam mana saya struggle nak kurus.





"Saya tak makan nasi, saya jaga pemakanan. Cuma sekarang saya dah mula makan nasik tiga kali seminggu, itu pun sekali satu hari," ujar artis versatil Ifa Raziah yang meluahkan rasa terkilan apabila ada individu yang menuduhnya menjalani pembedahan bariatrik atau potong usus untuk menjadi kurus.

Ifa Raziah ketika dihubungi berkata, dia tidak faham mengapa masih ada yang menyimpan hasad terhadap dirinya sedangkan dia tidak pernah mengambil pusing tentang hidup orang lain. Tambahnya lagi, apa yang membuatkan dia kesal ialah dituduh menjalani prosedur menguruskan badan secara ekspress dan menipu apabila mendakwa produk Solid Molid mampu menurunkan berat.

"Saya jual produk Solid Molid kerana saya kurus dengan bantuan produk saya sendiri. Jadi saya kongsi kepada orang lain untuk kebaikan bersama. Salah ke? Bila kurus kita jadi cantik dan bila dah cantik keyakinan diri datang sendiri.

Klik untuk gambar besar


"Selain itu badan pun jadi lebih sihat, betul tak? Habis tu sebelum-sebelum ni testimoni yang berjaya kurus, turunkan berat badan dengan Solid Molid tu semua potong usus ke?," katanya kesal.

Bagaimanapun kata Ifa Raziah dia hanya berserah kepada Allah setiap kali mendengar fitnah dilemparkan terhadap dirinya: "Duk mengata, fitnah saya macam-macam, tak boleh tengok saya ni berjaya sikit, 'merah mata'!

"Sampai nak jatuhkan reputasi produk saya, nak rosakkan bisnes saya. Buatlah apa saja yang ‘kalian’ nak, Allah itu Maha Mengetahui. Kalau DIA nak bagi rezeki kepada saya adalah rezeki saya…takkan salah alamat," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ifa Raziah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: