04 July 2020

"BODOHNYA AKU DULU BUJANG LEPAS TU KAHWIN & CERAI SEMATA-MATA UNTUK DAPAT STATUS JANDA" - NONNY


Pelakon Nonny Nadirah yang dahulunya merupakan artis kelahiran rancangan realiti TV Akademi Fantasia kini sedang meniti bahagia apabila sedang menjalin hubungan istimewa dengan pelakon Niezam Zaidi, selepas hampir dua tahun menjanda.





Bagaimanapun, ada sahaja pihak seolah-olah iri hati dan tidak boleh melihat dia gembira. Nonny menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah meluahkan meluahkan rasa kesal mengenai pihak yang mengecam, memfitnah dan cuba untuk menjatuhkannya. Noony berkata tiada siapa inginkan perceraian dan ia perbuatan bodoh jika berkahwin kemudian bercerai semata-mata nak dapat status janda.

"Terima kasih kerana telah memenuhkan saham akhirat saya. Semoga kita semua diberikan taufik dan hidayah. Fitnah dunia akhir zama, benda yang tak ada boleh di adakan. Korang iri bila tengok aku happy, mulalah kecam fitnah sana sini. Tiada siapa yang inginkan penceraian. Bodohnya aku seorang yang dulu bujang lepas tu kahwin dan cerai semata-mata untuk dapat status janda," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Nonny turut menitipkan pesanan kepada mereka di luar supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan juga manusia. Malah turut berpesan kepada mereka yang belum mempunyai pengalaman dalam rumah tangga supaya mempersiapkan diri dan mengumpul ilmu sebanyak yang boleh.

Untuk makluman, Nonny mendirikan rumah tangga dengan Mustain Adnan pada 18 Mac tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah selepas sembilan tahun berkenalan. Bagaimanapun, rumah tangga mereka dikhabarkan hanya bertahan tidak sampai setahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: