04 July 2020

LEPAS PELBAGAI BANTUAN DIBERI - KINI USTAZ EBIT LEW SEDIA KHIDMAT VAN JENAZAH & AMBULANS PERCUMA


Setelah pelbagai bantuan diberikan kepada insan yang memerlukan, terkini pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew terus berbakti untuk membantu masyarakat dengan membeli dua buah van bagi kegunaan perkhidmatan secara percuma dimana sebuah van digunakan untuk membawa jenazah dan satu lagi dijadikan ambulans.





Berkongsi perkara tersebut menerusi Facebook, Ustaz Ebit meluahkan rasa syukur di atas perancangannya itu dan memberitahu kedua-dua van tersebut diberi pakai kepada mereka yang memerlukan tanpa sebarang bayaran akan dikenakan.

Berkongsikan pengalamannya, Ustaz Ebit berkata semasa arwah ibunya meninggal dunia sukar untuk mencari van jenazah ketika itu. Bagaimanapun, segala urusan dipermudahkan dan akhirnya dapat van jenazah untuk membawa ibunya disemadikan di kampung.

Klik untuk gambar besar


Dalam entri itu juga, Ustaz Ebit turut menyertakan nombor telefon untuk dihubungi bagi mereka yang memerlukan perkhidmataan van berkenaan secara percuma. Menerusi satu perkongsian terbaru, Ustaz Ebit memaklumkan van jenazah itu sudahpun melakukan tugasan pertama dengan membawa satu jenazah dari Klang, Selangor untuk dibawa pulang ke Pasir Mas, Kelantan lewat malam tadi.

Melihat pada ruangan, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan berterima kasih di atas usaha murni Ustaz Ebit yang tidak tahu erti penat lelah untuk membantu mereka yang memerlukan. Malah, ramai yang mendoakan agar ustaz Ebit dimurahkan rezeki oleh Allah.
















www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Facebook Ustaz Ebit Lew


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: