13 July 2020

HAMIL ANAK KETIGA - DIANA RAFAR INGAT PEREMPUAN, RUPANYA LELAKI



"Ingatkan anak perempuan kerana dua cahaya mata, Kashfi Haiqal, 10, dan Kayla Reysha, 3, mahukan adik perempuan. Bagaimanapun, Allah mengurniakan rezeki anak lelaki. Saya dan suami, Zamarul Hisham menerimanya dengan berlapang dada.



"Menerusi proses pengimbasan dilakukan, doktor mengesahkan bayi lelaki. Kashfi dan Kayla teruja mahukan adik. Suami pun memang nak anak lagi. Bayangkan, belum lahir bayi dalam perut ini, anak-anak minta seorang lagi," demikian kata pelakon Diana Rafar atau nama sebenarnya, Adiana Abdul Rafar yang pada awalnya menyangkakan akan melahirkan cahaya mata perempuan.

Siapa sangka pada usia mencecah 38 tahun, isteri kepada pelakon Zamarul Hisham itu dikurniakan rezeki hamil lagi. Dijangka melahirkan anak ketiga, Oktober depan, pelakon drama 'Susuk' itu bakal menyambut bayi lelaki.

Katanya, dia tidak menyangka pada usia memasuki 40-an masih diberi kesempatan hamil: "Memang terasa beza mengandung kali ini. Mungkin faktor usia. Namun, ia tetap nikmat indah bagi wanita bernama isteri dan ibu. Belum bayi lahir, rezeki tidak putus. Saya ditawarkan rezeki barangan bayi dan produk kesihatan berkaitan kehamilan untuk dipromosikan dan diulas dalam laman Instagram," katanya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Diana Rafar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: