13 July 2020

SEBULAN DIGODAM - IG SURIA FM DIKEMBALIKAN, KINI KEMBALI AKTIF


Akaun Instagram milik stesen radio Suria FM iaitu @suriamalaysia akhirnya telah dikembalikan dan mula aktif pada Isnin, selepas digodam pada bulan Jun lalu. Menurut Pengurus Kanan Suria FM, DJ Lin, biarpun kebanyakan posting telah dipadam namun bersyukur jumlah pengikut tidak banyak berubah.



Bagaimanapun, DJ Lin atau nama sebenarnya Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai yang juga penyampai radio segmen popular iaitu Suria Cinta mengakui beberapa kerjasama yang dirancang tahun ini sedikit terjejas berikutan laman sosial tersebut hilang.

"Walaupun kebanyakan 'posting' didapati telah dipadam, namun jumlah pengikut Instagram Suria Malaysia tidak berubah banyak. Kejadian akaun media sosial digodam ini sedikit sebanyak telah menjejaskan beberapa kerjasama yang dirancang untuk tahun 2020," kata DJ Lin.

Klik untuk gambar besar

Pada 4 Jun lalu, stesen radio Suria FM pula memaklumkan akaun Instagram milik mereka @suriamalaysia tidak dapat diakses dan dipercayai menjadi mangsa penggodam. Malah, stesen tersebut akan membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dan berulang kembali.

Untuk rekod, sebelum ini Suria Malaysia memiliki lebih 333,000 pengikut di lnstagram namun kini hanya kurang 1,000 sahaja. Kembali dilancarkan bermula hari ini, pihak Suria akan terus mengemaskini akaun tersebut dengan maklumat dan perkembangan terkini untuk pengikut setia Suria FM di Instagram.

Dalam pada itu, pihak Suria juga berterima kasih kepada pengikut yang kekal mendengarkan Suria dan menggunakan platform media sosial Suria FM yang lain semasa kejadian ini. Pada masa terdekat juga, Suria akan memberikan pelbagai hadiah menarik menerusi platform Instagram @suriamalaysia kepada pengikut lama dan baru.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: