13 July 2020

SAH NIKAH - NISHA DIRR KINI ISTERI KERABAT SELANGOR, TENGKU KAMIRUL



"Selepas beberapa bulan bercinta, kami terus mengambil keputusan untuk bernikah. Lagipun, keluarga kedua belah pihak mahu kami percepatkan nikah.

"Asalnya kami rancang adakan majlis merisik dan bertunang. Tapi, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami batalkan hasrat itu. Bagus juga, kami boleh nikah terus.

"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan segalanya dipermudahkan. Syukur kedua belah keluarga bertungkus-lumus melancarkan persiapan perkahwinan kami," ujar pelakon Nisha Dirr, 37, yang kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan dikenali Tengku Kamirul Rashid Tengku Mohd Kamil, 36, dipetik sebagai berkata.



Mereka berdua telah selamat melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu selepas tidak mahu lagi menunggu lama untuk disatukan. Pendaftar Nikah, Ustaz Suhaimi Ahmad Wakid telah menikahkan mereka di Pejabat Agama Islam, Shah Alam, Selangor.

Nisha menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas lima.

"Saya kenal suami, melalui seorang kawan hampir setahun yang lalu. Suami seorang yang baik hati, memahami dan kacak di mata saya.

Klik untuk gambar besar

"Paling penting, keluarga merestui hubungan kami dan dia juga menerima saya dengan seadanya," kata Nisha berkongsi mengenai suaminya yang juga keturunan kerabat raja Selangor itu.

Pada majlis pernikahannya, Nisha menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta sebentuk cincin dan lima dulang hantaran berbalas lima.

Difahamkan, majlis resepsi telah berlangsung semalam di Dewan Forest Valley, Cheras yang diraikan keluarga dan kenalan rapat.






www.myartis.com / Sumber: HM


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: