13 July 2020

DIJANGKITI COVID-19 - LEPAS AMITABH, ABHISHEK... AISHWARYA RAI & ANAKNYA PULA POSITIF



Malang tak berbau, semalam pelakon terkenal Bollywood Amitabh Bachchan dan anaknya aktor Abhishek Bachchan mengesahkan yang diri mereka positif Covid-19. Terkini, menantunya pelakon Aishwarya Rai Bachchan dan anak perempuannya turut disahkan positif virus maut itu.

Menteri Kesihatan Maharasta, Rajesh Tope menerusi perkongsian di Twitter pada Ahad mengesahkan jangkitan yang berlaku pada Aishwarya Rai dan anaknya.



Namun katanya, bekas ratu cantik itu dan anaknya, Aradhya yang berusia lapan tahun tidak mengalami sebarang simptom dan akan menjalani kuarantin di rumah.

Sementara itu, menurut staf perubatan Hospital Nanavati, Amitabh dan Abhishek berada dalam keadaan stabil dan hanya mengalami gejala ringan dan turut menjalani kuarantin di rumah.

"Mereka berdua berada dalam keadaan stabil dan hanya mempunyai gejalan ringan. Abhishek akan dibenarkan pulang dan menjalani kuarantin di rumah," ujarnya dipetik sebagai berkata.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: