12 July 2020

USTAZ EBIT LEW TAWAR HARGA TERLALU MURAH - NETIZEN BIMBANG RAMAI AMBIL KESEMPATAN



Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang bakal membuka pasaraya miliknya sendiri tidak lama lagi itu telah berkongsikan harga barangan sempena acara pembukaan di setiap cawangan. Apa yang pasti rata-rata netizen teruja dengan harga yang dipamerkan dimana harga ditawarkan serendah 10 sen. Difahamkan 10 cawangan pasar raya di sekitar Lembah Klang itu akan dibuka pada 18 Julai ini.



Bagaimanapun, rata-rata netizen turut rasa bimbang kerana pasti ada golongan yang cuba mengambil kesempatan dengan membeli barangan tersebut dalam kuantiti yang banyak kemudian menjual dengan harga lebih mahal.

Dalam pada itu, ada yang meminta Ustaz Ebit supaya lebih berhati-hati dan menyarankan agar setiap pembelian dilakukan secara terhad untuk setiap pelanggan agar tidak berlaku perkara seperti itu. Tidak kurang juga ada yang mencadangkan kepada Ustaz Ebit agar memberikan keistimewaan buat pelanggan asnaf, JKM dan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Gembira dengan harga barangan murah yang ditawarkan, rata-rata netizen mendoakan agar Ustaz Ebit terus maju dalam perniagaan serta dimurahkan rezeki untuk terus membantu golongan yang memerlukan dan yang tidak bernasib baik.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Ohmymedia, Instagram Ustaz Ebit Lew & @elewsmart


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: