02 July 2020

HASRAT TOK' KI TERCAPAI - USTAZ EBIT LEW BERI BANTUAN


Jika sebelum ini, Tok' Ki yang terpaksa menjaga isterinya yang sakit dan hanya mampu mendiami sebuah pondok usang berhasrat membina membuat tangki, water pump dan bilik air di rumah itu, terkini hasratnya tercapai apabila dibantu oleh Ustaz Ebit Lew.

"Sedih Toki jaga isteri sakit.





"Sebak sayu tadi ziarah To'ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat," kongsi UEL yang melawat mereka di Gombak.

"Dari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.

"InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang," tambahnya. Alhamdulillah... moga Allah SWT membalas segala budi baik UEL itu. Amin!

Klik untuk gambar besar






         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: