Selepas isteri bekas kekasih Alya Iman, Penny Salman mendedahkan hubungan sulit suaminya dengan pelakon itu, satu persatu individu tampil mendedahkan kisah kehidupan anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha ini.
"Saya dah habis RM2.3 juta dengan dia sahaja. Duit tu tak boleh buat dia kaya pun, takkan pernah cukup. Budak terkena kejutan budaya baru masuk industri," dedah individu berkenaan menerusi satu kiriman mesej peribadi (DM) kepada Penny.
Klik untuk gambar besar
Penny kemudian berkongsi paparan mesej individu yang dirahsiakan identitinya menerusi ruangan Instagram Story miliknya. Dalam pada itu, individu berkenaan berkata, dia kemudian bertindak meninggalkan Alya selepas mengetahui perangai sebenar dirinya: "Kita kena beri pengajaran buat dia, Ya, dulu dia dengan saya. Saya tahu dia pisau cukur sebab tu saya berpisah. Ingat dia dah tak buah dah," dakwa individu berkenaan.
Terdahulu, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar. Kisah kontroversi Alya Iman mula menjadi tumpuan netizen apabila seorang isteri perniagaan mendedahkan kisah hubungan sulit suaminya di Instagram. Bahkan, satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Alya Iman
________________________

No comments:
Post a Comment