Penyanyi rap yang mahu dikenali sebagai Yaph dilihat telah mengikut langkah sama seperti dua penyanyi iaitu Bandi Amuk dan Encik Mimpi yang menggunakan konsep tidak mendedahkan identiti. Penyanyi baharu berusia 28 tahun ini berkata, perkara itu dilakukan kerana ingin masyarakat lebih mengenali hasil karyanya berbanding personaliti.
"Saya nak orang lebih hargai karya seseorang berbanding melihat rupa paras. Saya nak buktikan orang tahu tentang karya saya tanpa kenal identiti saya. Itu sudah cukup dan harap sangat semua karya saya diterima," kata Yaph.
Klik untuk gambar besar
Yaph baharu sahaja melancarkan lagu berjudul 'Duit Kertas' duet bersama Skulleight pada Jun lalu dan kini video klip tersebut sudah mencecah lebih 80,000 tontonan. Selain itu, Yaph juga menerbitkan mini album berjudul 'Malam' yang merangkumi lima lagu antaranya 'Tenang Semalam', 'Dosa' dan 'Chill Lah'.
Dalam pada itu, Yaph memberitahu hanya orang terdekat sahaja yang mengetahui dirinya seorang penyanyi: "Tak ramai yang kenal dan tahu tentang saya. Hanya rakan yang betul-betul rapat sahaja kenal siapa saya.
"Keluarga saya sendiri pun tak tahu saya jadi penyanyi. Malah, isteri saya juga baru saja mengetahui fasal saya tapi sebab dia bukan seorang yang suka dengar muzik, jadi dia tidak berasa terkejut dan respons yang diberikan biasa sahaja," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________

No comments:
Post a Comment