26 July 2020

KEK MUKA VIRAL - RUHAINIES TERHIBUR BACA KOMEN: "SEPATUTNYA MENYERUPAI BARBIE"



"Sebenarnya saya berada di Pulau Pinang menghadiri perkahwinan sepupu dan tak sangka dalam masa sama ada kejutan sempena hari jadi saya yang sepatutnya pada Isnin ini. Apabila saya berkongsi video di Instagram, ramai pula komen mengenai rupa kek tersebut yang dikatakan macam hantu dan sebagainya... bagi saya, soal rupa itu tak jadi masalah kerana kek itu disiapkan dalam masa singkat.



"Kata pembuat kek, sepatutnya dekorasi menyerupai Barbie tapi kali ini mungkin kesuntukan masa hasilnya lain sikit! Tak kisahlah yang penting nampak kesungguhan dan rasanya sedap sangat!," ujar pelakon Ruhainies berhubung kek hari ulang tahun kelahirannya yang ke-28 yang menjadi viral.

Sambutan hari lahir Ruhainies pada tahun ini pastinya akan diingati sampai bila-bila dek kerana sebiji kek dengan rekaan wajah yang kelihatan agak pelik. Ramai menyifatkan rupa kek berkenaan kelihatan menyeramkan dan tak kurang juga yang beranggapan ia sangat melucukan. Namun bagi Ruhainies dia sangat menghargai hadiah berkenaan dan tidak melihat dekorasi serta hiasan pada kek itu sebagai satu perkara yang memalukan.

Klik untuk gambar besar

Pada Jumaat, pelakon drama 'Kanvas' ini berkongsi rakaman video dia diraikan dalam satu majlis tertutup sempena ulang tahun kelahirannya ke-28. Dalam rakaman tersebut, Ruhainies dilihat diiringi oleh beberapa orang pengawal peribadi masuk ke salah satu ruangan di sebuah hotel di Pulau Pinang dan menerima kejutan istimewa daripada teman-teman.

Ditanya apakah reaksinya apabila membaca komen-komen pengikut di Instagram, Ruhainies berkata dia hanya tertawa melihat mesej berkenaan: "Rasa lawak baca komen mereka, saya dengan adik ketawa sahaja... biasalah setiap orang ada pendapat masing-masing. Hakikatnya kalau tengok dalam video dan gambar memang rupa kek itu nampak lain macam... tetapi kalau tengok depan-depan kek itu cantik tau!


"Yang penting sedap dan saya suka.. Saya nak ucapkan terima kasih kepada pembuat kek dikenali Shauki dan juga kepada mereka yang aturkan majlis tersebut. Saya sangat terharu dengan sambutan awal itu!," katanya.

Ruangan komen di Instagram Ruhainies dibanjiri dengan banyak komen yang melucukan: "Kek nampak seram la, lain macam betul rupanya. - "Kenapa kek tu nampak macam pondan tua? Aku syak kek tu nak cair," tulis beberapa netizen di Instagram.

Sementara itu, adik kepada pelakon Risteena ini memberitahu dia akan meraikan ulang tahun kelahiran bersama keluarga tersayang di Pulau Langkawi pada Isnin ini.











www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: