01 July 2020

KAIN DIPAKAI DIPIJAK PELAKON TAMBAHAN - CHE TA TERJATUH, KAKI TERSELIUH


"Betullah malang tidak berbau... Saya reda dengan ujian ini. Benda kalau sudah hendak jadi, apa daya kita hendak menghalangnya. Sampai berbalut lutut... Ini pengalaman pertama saya terjatuh di lokasi penggambaran," demikian kata pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan apabila berdepan dengan ujian dimana kaki kirinya terseliuh ketika dalam penggambaran drama 'Dayang Senandung' di sebuah hotel di Puchong, petang semalam.





Dalam kejadian itu, Rozita atau mesra disapa Che Ta, terjatuh selepas seorang pelakon tambahan terpijak kainnya. Sebaik terjatuh, penerbit drama berkenaan, Zeel Production pantas membawa Rozita mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

"Berikutan keadaan kakinya itu, Rozita risau dengan penggambaran drama lain yang perlu dijayakannya: "Selain Dayang Senandung, saya terbabit dengan drama Juliet dan Kebaya Kasut Kanvas. Huru-haralah jadual saya selepas ini. Doktor beri cuti seminggu untuk saya berehat," katanya.

Namun, Rozita sedia berlakon jika pengarah membenarkan babak dijayakan dalam keadaan dia duduk: "Cuma saya kena tengok keadaan dan perkembangan lutut ini. Saya juga tidak mahu menyusahkan produksi dan tidak selesa bertongkat di set," katanya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: