01 July 2020

TAK SUKA MEMBAZIR, BERBELANJA IKUT KESESUAIAN - AMELINA BERSYUKUR 6 ANAK MEMAHAMI, TIDAK CEREWET


Penyanyi dangdut, Amelina bersyukur hidupnya selesa biarpun tiada undangan menyanyi diterima sejak penularan COVID-19 kerana berkat berjimat cermat sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Amelina berkata, dia mengamalkan perbelanjaan berhemah biarpun menanggung enam anak.





"Sebelum PKP, saya bersyukur kerana banyak undangan menyanyi diterima. Jadi, saya menyimpan dan tabungan itu amat berguna ketika ini. Saya bukan suka membazir, apatah lagi saya perlu menanggung enam anak. Jadi, saya berbelanja mengikut kesesuaian," katanya.

Amelina bersyukur anak-anaknya tidak cerewet: "Alhamdulillah, anak-anak saya cukup memahami dan tidak cerewet. Cukup dengan barang-barang asas, mereka sudah selesa," tuturnya.

Mencari pendapatan sampingan sejak PKP, Amelina yang membahasakan dirinya Kak Long menceburi perniagaan makanan dengan menjual kek Banji Mat Roll. Penyanyi lagu 'Asyik' ini bersyukur percubaan menjual kek mendapat sambutan baik.

Klik untuk gambar besar


"Selepas tidak boleh menyanyi, saya terfikir untuk berniaga. Dari situ datangnya idea untuk menceburi perniagaan makanan. Kalau boleh, saya mahu berniaga sepanjang tahun, bukannya semusim sahaja," ujarnya.

Amelina berkata, permintaan terhadap kek yang dibungkus cantik cukup memberangsangkan: "Saya juga mula dihujani permintaan untuk menjadi ejen jualan dari seluruh negara," katanya.

Melihat maklum balas positif yang diterima, Amelina lebih bersemangat membangunkan perniagaan: "Saya harap perniagaan saya berterusan. Insya-Allah, selepas ini, ada dua hingga tiga lagi produk baharu akan dijual. Selagi boleh buat duit, saya akan berniaga untuk anak-anak," jelasnya.



Amelina juga mahu memberi motivasi kepada ibu tunggal untuk sentiasa berusaha dan tidak putus asa: "Insya-Allah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya.

Mengulas mengenai karier seni, Amelina akan tampil dengan single terbaharu, tidak lama lagi: "Saya bersama pihak pengurusan dalam proses menghasilkan single baharu. Sepatutnya, kerja bermula beberapa bulan lalu. Namun, disebabkan PKP, semuanya tergendala.

"Selepas beberapa bulan berehat daripada dunia nyanyian, saya tidak sabar menghasilkan single baharu. Ini adalah hadiah untuk peminat dan kejutan sepanjang lebih 20 tahun dalam dunia seni," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beriat Harian & Instagram Amelina


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: