08 July 2020

KETIKA RUMAH TANGGA DIUJI - SHARNAAZ AKUI ADA RAKAN JAUHKAN DIRI, ADA YANG SETIA



Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan dirinya mengalami 'kemurungan' apabila rumah tangga yang dibina bersama kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila berantakan sekitar tahun lalu. Sharnaaz akui berat badannya menyusut dengan ketara hingga ditegur beberapa teman rapat.



Menurutnya, disebabkan ujian yang dilalui, wujud juga di kalangan teman yang bertindak menjauhkan diri daripadanya. Namun, dirinya tetap bersyukur mempunyai rakan yang setia seperti Shukri Yahaya yang tidak pernah meninggalkannya pada saat dirinya hampir rebah.

"Saya baru kenal siapa kawan dan lawan. Rakan masa susah memang tak ramai. Shukri, tidak lari meninggalkan saya. Daripada hari pertama saya 'teruk', dia sentiasa berada di belakang saya," katanya.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Sharnaaz juga turut mendedahkan seorang lagi pelakon yang sentiasa berada di sisinya ketika sedang bertarung dengan kemelut rumah tangga adalah Datuk Fizz Fairuz: "Fizz, seorang lagi teman yang tidak pernah menjauhkan diri. Dia tahu macam mana sengsaranya hati berdepan dengan ujian rumah tangga. Fizz risau dan menegur keadaan tubuh saya yang semakin kurus," tuturnya.

Ujar Sharnaaz lagi, dirinya banyak menghabiskan masa di rumah sahaja ketika berdepan episod sengsara. Malah, turut diakui banyak mendekatkan diri dengan Ilahi bagi memperbaiki rohani. Mesipun begitu, dirinya tetap bersyukur kerana berjaya pulih daripada kesedihan. Sekiranya gagal mengawal perasaan pada ketika itu, mungkin beliau akan memilih jalan tidak betul seperti mengambil barang terlarang.

Bagaimanapun, niatnya yang hanya melakukan apa sahaja demi anaknya Jebat Jayden, Sharnaaz dikhabarkan semakin kuat untuk berjuang dan berusaha melawan untuk mendapatkan apa yang dikehendakinya sejak kecil lagi. Untuk rekod, Shaarnaz dan Nabila telah melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: