08 July 2020

KELIBAT REMAJA LELAKI DI MAJLIS HARI LAHIR ANAK - ABBY DIUSIK, 'BAKAL MENANTU'



Keluarga besar pelakon Abby Abadi baru-baru ini telah mengadakan sebuah majlis bagi meraikan hari lahir anak gadisnya, Marissa Diana yang ke-15 tahun. Majlis serba ringkas namun meriah itu turut dihadiri keluarga terdekat termasuklah bapa, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.



Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah kehadiran seorang remaja lelaki yang dilihat ada bersama sepanjang majlis tersebut berlansung. Malah, pelakon drama, 'Gerak Khas' itu turut memuat naik beberapa foto remaja tersebut bersama Marissa di laman Instagram.

Tindakan itu nyata menimbulkan tanda tanya dikalangan warga net yang ingin mengetahui siapakah gerangan remaja lelaki tersebut. Dalam pada itu, rakan yang juga merupakan seorang pelakon, Salina Saibi turut dilihat sempat mengusik Abby mengenai perkara tersebut: "Bf ke bff tu?," usiknya. Melihat komen tersebut, ini respon balas Abby sendiri: "Kawan sama sedarjah la," katanya.

Klik untuk gambar besar

Malah netizen mula membuat andaian lelaki tersebut adalah kekasih Marissa dan ada juga mendakwa budak lelaki sebaya anaknya itu adalah bakal menantu Abby. Selain itu, netizen turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat Abby dan Marissa: "Nak tunjuk kuih ke nak tunjuk bakal menantu hehe. - "Handsome sebelah tu boyfriend ke? - "Mak dah restu ke? - "Wah dah ada calon menantu," komen antara pengikutnya.

Selepas beberapa perkongsian, Abby tampil memberi sedikit penjelasan mengenai siapa anak lelaki tersebut di dalam kapsyen Instagramnya: "Siapa yang dalam gambar ni? Kenapa? Ada yang kenal ke? Kawan sekolah anak-anak kitalah.


"Terima kasih ye anak tolong ambil gambar dengan makanan yang bermacam-macam tadi. Amat dihargai. Bagus budaknya, disuruh apa-apa pun tak menolak. Lepas ni mint abaca doa untuk majlis tau," jawabnya.

Terdahulu, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008. Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Abby kemudian mendirikan rumah tangga bersama Faizal pada 14 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan. Abby dan suami sudah memiliki tiga orang anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyadh, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.







www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Astro Gempak & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: