Kakak kepada usahawan dan pengacara terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya telah menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir ibu tercinta, Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang ke-54.
Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada ibunya diatas segala jasa dan pengorbanan dalam membesarkan mereka adik-beradik: "Terima kasih mama atas semua pengorbanan dan perjuangan mama yang tidak pernah putus untuk kami adik beradik dan juga semua keluarga. Thank you for everything and kita sangat-sangat hargai mama. I love you so much mama," kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menitip ucapan buat pengasas produk Young & Glow Foundation itu. Terdahulu, selain sibuk menguruskan anak, Jebat Jayden, Nabila kini turut dilihat aktif di platform Youtube menerusi salurannya yang diberi nama Rosix & Bella.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Noor Nabila
________________________

No comments:
Post a Comment