02 July 2020

LEPAS SUAMI ORANG - KALI INI FATIN AFEEFA DIDAKWA TAK MENGAKU SAUDARA KERANA HARTA PUSAKA?


Nampaknya nama Fatin Afeefa menjadi bualan hangat lagi di laman Twitter apabila seorang netizen menggunakan nama @sharizrosee mendakwa pelakon tersebut yang merupakan sepupunya telah memutuskan hubungan saudara diantara mereka dipercayai berpunca daripada harta pusaka.





Dedah gadis itu, keluarga Fatin tidak mengaku hubungan keluarga mereka kerana enggan umum mengetahui akan kewujudan mereka adik beradik. Lebih mengejutkan, gadis itu mendakwa keluarga Fatin hidup atas harta arwah ibunya.

Dakwa gadis itu lagi, Fatin pernah mencuri gelang dan rantai emas milik ibunya sendiri. Tetapi, abangnya pula dituduh mencuri sehingga menyebabkannya ditahan oleh pihak berkuasa, malah dibelasah ketika berada di dalam lokap.

Kata gadis itu lagi, pendedahan itu dibuat adalah kerana ingin menegakkan kebenaran dan hak keluarganya. Jelasnya lagi, selepas dia membuat pendedahan tersebut, ramai yang berdepan nasib yang sama dan tidak berani bersuara untuk mendapatkan hak mereka semula.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, dia berkata ada saudaranya meminta untuk memadam perkongsian tersebut kerana mahu berjumpa dan berbincang secara baik. Namun, gadis itu berkata sebelum ini dia pernah mengajak untuk berbincang namun pihak Fatin enggan memberikan kerjasama.

Perkongsian gadis itu ternyata menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terkejut kerana tidak menyangka bahawa Fatin dan keluarganya tergamak berbuat demikian. Difahamkan perkongsian tersebut kini mendapat 14 ribu ‘Retweet’ dan mencecah hampir 28 ribu tanda suka. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada kenyataan lanjut daripada Fatin berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini, Fatin terlibat dengan kontroversi didakwa menjalin hubungan cinta dengan suami orang dimana merupakan lelaki yang sama pernah dikaitkan dengan isu terdahulu dan sehingga kii masih belum reda lagi.






www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Murai.my


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: