02 July 2020

BILA REMY ISHAK TANPA JAMBANG BUAT PEMINAT WANITA TAK KERUAN


Menerusi laman Instagram, pelakon Remy Ishak dilihat tampil dengan penampilan terbaru kemas tanpa jambang. Penampilan terbaru Remy itu menjadi perhatian ramai peminat wanitanya selepas berkongsikan video pendek bersama pelakon Nad Zainal bagi mempromosikan drama terbarunya.





Sekian lama kekal dengan imej berjambang, rata-rata netizen memuji penampilan Remy yang kelihatan lebih muda dan kacak tanpa jambang. Malah, ada yang mengatakan penampilan barunya itu kelihatan seperti wajahnya 10 tahun lalu.

Diruangan komen, peminatnya seolah tidak keruan dengan penampilan Remy itu. Remy juga dilihat turut membalas beberapa komen para peminatnya. Melihatkan perkongsian itu mengenai pasangan kekasih, netizen turut mendoakan agar Remy segera bertemu jodoh.

Terdahulu, Remy mendedahkan dia mengalami kemurungan hingga terpaksa mendapatkan nasihat doktor akibat terperap sendirian di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa pada 18 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Remy Ishak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: