02 July 2020

AERIL KONGSI VIDEO ROMANTIK BERSAMA WAWA: "8 TAHUN BERSAMA & MASIH MENGIRA, DOAKAN KAMI SEMUA"


Pelakon Aeril Zafril menerusi laman Instagram telah memuatnaik sebuah video romantik bersama isterinya, pelakon Wawa Zainal dan ia mencuri perhatian wargamaya. Aeril, 32, berkongsi video indah tepi pantai tersebut untuk tontonan umum.





Menerusi video berdurasi 15 saat itu, Wawa kelihatan berlari-lari anak sepanjang persisiran pantai sampai menarik tangan dan memeluk suaminya: "8 tahun bersama dan masih mengira. Doakan kami semua," tulis Aeril menerusi ruangan kapsyen.

Hasl tinjauan di ruangan komen, rata-rata wargamaya begitu asyik melihat kemesraan pasangan suami isteri ini. Malah, ramai wargamaya yang masih bujang begitu terkesan sehingga tak sabar untuk berkahwin.

Klik untuk gambar besar


"Aku tak kira, nak kahwin sekarang," tulis seorang wargamaya. - "Dengar cerita laut terus jadi manis lepas scene ni," usik seorang wargamaya. - "Bersemutnya tengok! Semoga till jannah," doa seorang wargamaya.

"Satu-satunya pasangan yang sentiasa buatkan saya tak sabar untuk cepat-cepat berkahwin," luah seorang wargamaya. - "I auto sendu tengok pasangan suami isteri ni," kata seorang wargamaya. - "Takde pasangan nak mengira tahun perhubungan, uhukkk," ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 800,000 tontonan daripada warga Instagram. Untuk makluman, Aeril dan Wawa, 28, mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 5, serta Aya Soffya yang lahir pada 1 Disember 2019.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: