"Alhamdulillah, banyak perkara berlaku dalam hidup saya dan ini adalah berita terbaik yang saya terima setakat ini. Saya mendokumentasikan perjalanan hidup dalam akaun Instagram ini dan apabila kehilangannya ia sangat mengecewakan kerana banyak kenangan.
Linda, 41, berkata kehilangan akaun tersebut memberi kesan cukup mendalam kepadanya kerana terlalu banyak memori yang tersimpan di platform berkenaan. Linda berkongsi berita gembira itu menerusi akaun tersebut pada Sabtu.
Pada 4 Jun lalu, Instagram Linda dengan lebih 900,000 pengikut digodam pihak tidak bertanggungjawab. Kehilangan itu menyebabkan Linda kerugian kira-kira RM500,000 yang melibatkan perjanjian dan peranannya sebagai duta produk.
Klik untuk gambar besar
Justeru itu, dia membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya mendapatkan semula akaun tersebut.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang telah membantu mendapatkan kembali akaun saya. Sokongan berterusan daripada keluarga dan rakan saya memberi saya kekuatan untuk berjuang.
"Berkat doa dan kesabaran akhirnya Linda dapat balik Instagram tersebut. Terima kasih SKMM, anak saudara dan team Facebook serta Instagram yang tak putus tolong saya. Alhamdulillah terima kasih Allah untuk segalanya," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Linda Rafar
________________________

No comments:
Post a Comment