25 July 2020

VICHA BERJAYA BUANG 10KG: "YEAH, LEHER KITA DAH BOLEH NAMPAK DAH!"



Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelawak dan pelakon Vicha telah berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram. Menurut Vicha, hasil penurunan berat itu berjaya diperoleh hanya dalam tempoh kurang sebulan selepas menjalani rutin gaya hidup yang lebih sihat.



"Selamat pagi sayang-sayang semua. Yeah, leher kita dah boleh nampak dah! Dah hilang 10 kilogram (kg) dalam masa tiga minggu. Tenang.. perjuangan kita masih panjang guys. Insya-Allah kita boleh," katanya.

Dalam posting itu juga, Vicha turut berkongsi gambar transformasi dirinya daripada 127kg kepada 117kg. Di ruangan komen, rata-rata memberikan kata-kata semangat kepadanya agar terus cekal untuk mencapai misinya menurunkan berat badan: "Terus semangat ya. Saya bangga dengan awak!," komen pengikutnya. - "Awaklah sumber inspirasi saya," tulis seorang netizen.

Sebelum ini, Vicha mengakui adakalanya tertekan dengan masalah berat badannya. Justeru, dia kemudian memasang azam untuk mendapatkan berat badan bawah 100KG dengan menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Vicha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: