14 July 2020

LUFYA: "LANTAK DIALAH... HAK JAGAAN TAK TAHU LAGI, DIA BUKAN TENGOK PUN"



"Ha'ah ya lah (bercerai). Saya tak baca lagi kenyataan dia. Saya rasa tak nak komen. Kalau dia nak keluarkan kenyataan apa-apa ke, lantak dialah, biar dia, saya tak nak komen apa-apa. Hak jagaan tak tahu lagi. Memang saya yang jaga, dia bukan tengok pun," demikian ujar pelakon Lufya Omar yang mengakui bahawa apa yang dimaklumkan oleh bekas suaminya. Dr. Che Hafiz mengenai status perkahwinan mereka itu benar.



Begitupun, Lufya ketika dihubungi memberitahu, dia belum berkesempatan untuk melihat sendiri kenyataan secara terperinci yang dibuat suaminya kepada pihak media. Ketika ditanya soal anak, Lufya memberitahu buat masa ini isu hak jagaan belum diputuskan lagi.

Sementara itu, Lufya mengakui tidak pernah menghalang bekas suaminya untuk bertemu anak mereka, namun, lelaki itu tidak pernah hadir untuk menjenguk: "Setahun lebih saya dah pikul tanggungjawab kamu (Hafiz) sebagai bapa. Saya tak halang dia untuk menjenguk anak, tapi dia tak datang pun," tuturnya.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam (AF6) itu juga meminta Hafiz supaya tidak berdolak dalik mengenai anak: "Mengenai anak, jangan nak berdolak dalik. Allah Maha Melihat. Jadi lelaki dan jangan cakap tak serupa bikin. Kesian kepada anak kerana masa depan dia lebih penting," katanya.

Lufya turut menegaskan bahawa dia mengambil pendekatan untuk berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincang bersama: "Saya mengambil pendekatan berdiam diri kerana isu ini lebih baik dibincangkan antara kami atau di mahkamah sahaja. Jangan gunakan saya untuk tujuan nak glamor. Cukup-cukuplah. Awak adalah doktor dan bukannya artis. Jagalah tatasusila sebagai doktor," ujarnya.

Lufya juga menegaskan bahawa apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka bukanlah fitnah daripadanya, sebaliknya dirinya memiliki bukti kukuh: "Saya dah cukup bersabar. Kalau dia lelaki yang baik dan bertanggungjawab, tak akan jadi sampai begini. Saya ada cukup bukti atas tuduhan saya ini. Saya simpan dan tak perlu saya hebahkan kerana ia boleh mengaibkan dirinya dan ahli keluarganya," jelasnya.

Terdahulu, Dr. Che Hafiz mendedahkan bahawa dia sudah melafazkan cerai terhadap Lufya pada 17 Jun lalu. Lufya dan Dr. Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: