14 July 2020

LUFYA OMAR & DR CHE HAFIZ SAH CERAI TALAK SATU 17 JUN LALU



Setelah hampir setahun kemelut rumah tangga diperkatakan, akhirnya penyanyi Lufya Omar dan suaminya, Dr Che Hafiz sah bercerai talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.



Perkara tersebut didedahkan Dr Che Hafiz, bertujuan supaya tiada lagi berlaku salah faham atau pra sangka buruk terhadap dirinya berhubung isu berkaitan rumah tangga mereka. Dr Che Hafiz atau nama penuhnya Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berharap selepas pendedahan ini, dia tidak dikaitkan lagi dengan penyanyi itu memandangkan mereka bukan lagi pasangan suami isteri.

"Sebenarnya, saya dan Lufya sudah sah bercerai pada 17 Jun lalu di hadapan hakim di mahkamah. Saya berharap sangat selepas ini tiada lagi pihak yang cuba mengaitkan saya dengan dia sebab kami bukan suami isteri lagi.

"Saya beritahu perkara ini sebab tak ada lagi timbul salah faham antara mana-mana pihak atau berlaku pra sangka buruk terhadap saya. Apa-apa saya minta maaf dan harap semua pihak memahami," kata Dr Che Hafiz.

Klik untuk gambar besar

Dr Che Hafiz mendedahkan perkara itu selepas Lufya memuat naik status menyentuh tanggungjawab seorang suami terhadap anak di Instagram miliknya pada Isnin. Sebelum ini, Lufya pernah mendakwa bekas suaminya sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka iaitu Laana Haura namun Dr Che Hafiz enggan mengulas perkara itu kerana isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz berjanji untuk berusaha sebaik mungkin menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa walaupun mendapat pelbagai halangan: "Soal anak, saya tetap sentiasa berusaha untuk jalankan tanggungjawab sebaik yang mungkin dan berharap ia tidak dihalang oleh Lufya," ujarnya.

Untuk makluman, Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.





www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: