14 July 2020

ERRA TAHU MASALAH RUMAH TANGGA BEKAS SUAMINYA, TAPI ZIP MULUT



"Saya tidak mencampuri urusan rumah tangga walaupun dia bekas suami dan bapa kepada anak saya. Kalau mereka tak buka mulut, saya akan zip mulut saya.

"Tipulah kalau saya tak tahu mengenai pergoalan yang berlaku sedikit sebanyak, tetapi secara mendalam saya tidak tahu dan tidak mahu tahu. Saya tak korek pun, hanya tahu cerita dasar," ujar Erra Fazira dipetik sebagai berkata mengenai pergolakan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran yang akhirnya berpisah.

"Sebagai wanita kami ada berbicara menerusi teks, tapi hanya perkara-perkara umum sahaja tidak begitu terperinci. Bella juga tidak bercerita lebih kepada saya.



"Saya pun wanita dan ada beri semangat kepadanya. Tiada siapa yang mahukan perceraian, saya pun pasti Bella dan bekas suami pun begitu. Mereka dah cuba tapi itulah ketentuannya," tambahnya mengenai Laudya yang ada berhubung tetapi hanya berkongsi hal tidak terlalu terperinci.

Untuk info, sebelum ini hubungan perkahwinan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon Indonesia itu mengesahkan bahawa mereka sudah pun bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Dakwa Laudya, keputusan untuk berpisah itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: