Sebelum ini, hangat diperkatakan di media sosial bahawa Mira Filzah akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati Wan Emir Astar pada Oktober ini. Terkini, pelakon dan pengacara itu mendedahkan dirinya kini sudah pun dipinang seseorang. Malah bintang ini turut memberi bayangan seolah-olah bakal ada satu majlis istimewa yang akan berlangsung Oktober depan.
Ketika ditanya seolah-okah dia kini dilihat lebih terbuka berkongsi perihal sisi peribadinya di media sosial, ini respon yang diberikan oleh hos Nona itu: "Tidaklah terbuka sangat. Biasa-biasa sahaja tapi Mira masih lagi keep personal live private juga. Status sekarang saya merupakan pinangan orang," katanya mengenai status diri.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, Mira menjelaskan, dia tidak akan sesekali merahsiakan perkara seperti ini daripada pihak media. Sebaliknya, akan terbuka untuj berkongsi segalanya bila tiba waktunya nanti: "Sebenarnya perkara-perkara seperti ini Mira diminta untuk keep it low. Tapi macam Mira cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagi tahu.
"Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media. InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya," ujarnya.
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Mira Filzah
________________________
No comments:
Post a Comment