01 July 2020

MUATNAIK FOTO BERSAMA JEJAKA & NUKILAN KHAS - INTAN LIANA SALEH SUDAH TEMUI PENGGANTI UDE WAHID



Kemelut rumah tangganya terdahulu bersama bekas suami, Ude Wahid dan bekas madunya, pelakon Izreen Azminda yang sebelum ini hangat diperkatakan telah membuatkan Intan Liana Saleh dikenali ramai, meskipun bukanlah seorang selebriti.



Baru-baru ini hangat diperkatakan bahawa bekas isteri pemuzik itu sudah jumpa pengganti apabila dilihat memuatnaik foto bersama seorang jejaka kacak. Malah, Intan turut mendedikasikan nukilan khas buat jejaka itu.

"Friendship isn't about who you’ve known the longest.... it's about who walked into ur life n said "m here for u.." n proved it!.... I laugh a little harder.. cry a little less n smile a lot more... bcoz of u.... thanks friend!!! Gnitezzzz 💚 InsyaAllah.#tqhabibi#myfriend #singlemomlife #alhamdulillah #forgetaboutrelationshipstatus#juzneedfriendnotbf," tulis Intan.

Klik untuk gambar besar

Bagaimanapun menerusi nukilan khas yang ditulis Intan, lelaki tersebut hanya dianggapnya sebagai seorang sahabat sahaja. Meskipun sudah menjelaskan status hubungan mereka, namun netizen mendoakan agar Intan bertemu jodoh dengan sahabatnya itu. Dalam pada itu, ramai yang memuji jejaka tersebut lebih kacak daripada bekas suaminya dan mendoakan agar ikatan persahabatan mereka sampai ke jinjang pelamin.

Intan berkawin dengan Ude pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun. Intan sempat bermadu selepas Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 secara tutup.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Intan Liana Saleh


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: