23 July 2020

NAFI SEDIH REZA BERTUNANG - UYAINA AKUI SEDANG KENALI HATI BUDI SESEORANG



"Mereka ada gosipkan saya dengan seorang penyanyi Indonesia. Tapi sekarang penyanyi itu pun dah bertunang. Jadi semua orang ingat macam 'Uyaina lagi sedih ya, lagi galau ya'. Saya kata tidak, dia sudah sampai jodoh dan waktunya.



"In fact saya dah berterus terang dengan dia bagi tahu yang saya ada banyak lagi impian dan cita-cita yang belum tercapai sebagai wanita yang belum berkahwin. Saya nak fokuskan mengenai diri saya dahulu. Uyaina tak menghalang dia untuk proceed ke peringkat seterusnya.

"Takkan kita nak suruh orang tunggu. Begitulah kisahnya," demikian kata pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad yang mengakui statusnya kini masih solo meski pernah dikaitkan dengan penyanyi Indonesia, Reza Zakarya yang dikhabarkan baru sahaja bertunang baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Menurut Uyaina, dia tak bersedih mengenai perkara tersebut. Sebaliknya, dia percaya penyanyi berkenaan berhak untuk menentukan kehidupannya sendiri. Tambahnya lagi, dia tidak menafikan kini dalam fasa mengenali hati budi seseorang, namun mendedahkan perancangannya untuk berkahwin masih lagi jauh.

"Tetapi sekarang ini saya sedang mengenali seseorang. Saya tidak menutup hati saya. Namun, perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat masih belum ada. Dari segi kehidupan peribadi, saya memang seorang yang low profile, dengan siapa saya berkenalan, saya tak pernah expose.


"Saya nak orang kenal saya base on my prestasi dulu. Bila kita ada prestasi yang baik, kalau orang nak tahu pasal kita tu, kita pun happy nak share," jelas pelakon drama 'Jujurlah Nikahi Aku' itu lagi.

Bintang ini bagaimanapun sudah memasang hajat untuk mendirikan rumah tangga sebelum mencecah usia 30 tahun: "Saya seorang yang serious bila dalam perhubungan. Saya bukan jenis yang in relationship with someone just untuk have fun.

"Saya faham bila umur dah cecah 28 and tak lama lagi 30, jadi perancangan untuk kahwin tu ada cuma bukan sekarang atau dalam masa terdekat. Jawapan saya tetap akan sama, saya akan berkahwin sebelum umur 30. Bagi saya ketika umur 20-an ini adalah masa untuk saya mengejar impian dan cita-cita," akhirinya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Uyaina Arshad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: