23 July 2020

NEELOFA KAGUM PROFESIONAL SHARNAAZ & NABILA, BOLEH JADI CONTOH



Semua sedia maklum mengenai pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila yang sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai lalu selepas berkahwin di Petaling Jaya, Selangor pada 31 Mac 2017.



Adik kepada Nabila iaitu pelakon dan usahawan, Noor Neelofa meluahkan rasa kagum dengan sikap profesional kakaknya dan Sharnaaz dalam berdepan perceraian dan membesarkan putera tersayang. Neelofa berkata, sikap mereka wajar menjadi contoh kepada pasangan yang mengalami situasi sama.

"Tiada banyak yang saya mahu komen mengenai perceraian mereka. Tetapi apa yang boleh saya kongsi, saya kagum hubungan Sharnaaz dan Nabila kerana biarpun sudah bercerai, mereka sangat profesional. Kalau orang datang ke rumah tengok mereka, orang akan ingat mereka masih bersama. Memang tidak nampak hubungan mereka bermasalah," katanya.

Tambah Neelofa, dia sangat menghormati Sharnaaz apabila pelakon itu melaksanakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada anak saudaranya, Jebat Jayden dengan sangat baik biarpun tidak tinggal sebumbung: "Setiap hari Sharnaaz datang ke rumah meluangkan masa bersama anaknya, kadang-kadang sampai dua kali dalam sehari.

Klik untuk gambar besar

"Jujurnya saya sangat hormati Sharnaaz kerana menjalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan sangat bagus. Itulah satu perkara positif yang orang ramai kena tahu. Saya harap orang di luar sana yang mengalami keadaan yang sama, dapat menjadikan mereka sebagai contoh. Mereka boleh buat, mengapa tidak orang lain," ujarnya.

Neelofa turut mendoakan yang terbaik buat Nabila dan Sharnaaz: "Saya mendoakan Nabila dan Sharnaaz masing-masing dapat bertemu pasangan yang sesuai dan kekal sehingga akhir hayat," tuturnya.

Untuk makluman, Sharnaaz dan Nabila mempunyai seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang bakal menginjak usia dua tahun, bulan depan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Rita Nadira & Ezzrin Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: