"Sebaik terima tawaran ini (juri tetap), saya berbincang dengan suami untuk mendapatkan pandangannya. Namun, beliau memberi saya 'lampu hijau' untuk membabitkan diri.
"Ini kerana kata suami pembabitan saya dalam program itu atas tanggungjawab sebagai juri yang umpama seorang ibu juga. Apatah lagi, saya berpeluang berkongsi pengalaman bersama peserta," ujar bekas pengacara, Puan Sri Normala Samsudin, 56, yang membuat kemunculan semula dalam dunia penyiaran apabila menjadi juri tetap program Ratu Hijabista.
Untuk info, selain Normala, program Ratu Hijabista turut menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim sebagai pengacara.
Klik untuk gambar besar
________________________

No comments:
Post a Comment