"Saya ada dapat tawaran berlakon baru-baru ini tapi saya kecewa kerana bayarannya jauh beza dari sebelum PKP. Bukan saya sahaja, malah kebanyakan pelakon lain akui terima situasi yang sama. Saya tak tahu kenapa. Mungkin saya membuat andaian ia hanya permainan produksi yang tahu pelakon pasti terdesak untuk menerima tawaran berlakon selepas tiga bulan tidak bekerja.
Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan , 50, mempersoalkan situasi tersebut kerana dapat merasakan ia hanya permainan syarikat produksi. Pelakon 'Bunohan' itu berkongsi perkara tersebut di akaun laman YouTube miliknya.
Kekecewaannya itu menyebabkan Namron hampir hendak membuat keputusan untuk bersara: "Saya sangat kecewa sehingga saya rasa macam nak bersara dalam bidang lakonan ni," jelas Namron yang merupakan pelakon senior yang sudah berkecimpung dalam bidang seni sejak 1989.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________

No comments:
Post a Comment