16 July 2020

HANEZ TERIMA KOMEN MELAMPAU: "NAK TAYANG KAT SIAPA BENTUK BODY TU, BAHAL*L?!!!"



Menerusi InstaStories, pelakon dan usahawan, Hanez Suraya telah berkongsi satu komen yang dihantar pengguna Instagram menerusi 'direct message' (DM) yang antara lain mengecam penampilannya yang didakwa tidak menjaga aurat dengan baik meski bertudung.



Komen individu berkenaan dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi Insta Stories pada Rabu. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan foto mana yang dimaksudkan individu tersebut hingga sanggup memberikan reaksi dengan menggunakan bahasa yang agak kasar.

"Musibat, mak bapak ko ajar ko cre tutup aurat mcm ni ke? Boleh pakai ketat klu bertudung? Mcm tu dorg ajar? Atau husband ko yg ajar? Stupid asshole!! Mcm nilah jadinya klu hnya faham tutup aurat tu hnye pkai tudung.. What a stupid idiot thinking like you Hanez Suraya.

Klik untuk gambar besar

"Nak tayang kt sape bentuk body tu, bahalol?!!! Semoga kebodohan dan kesialan kau dlm berpakaian hnye ade kt diri sndiri je. Tak diturunkan kt anak cucu. Na'uzubillahiminzalik!!!," komen individu berkenaan.

Tidak memberikan reaksi panjang, Hanez hanya 'mengucap' Astaghfirullahalazim terhadap respon tersebut. Hanez kini banyak mengisi masa dengan berbasikal dan turut berkongsikan rutin aktiviti sihatnya itu di media sosial.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Hanez Suraya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: