14 July 2020

"ORANG TAK PERNAH RASA PERCERAIAN AKAN SENTIASA MEMERLI" - NOURUL



"Terbaca komen-komen berbentuk hencapan kepada adik yang saya kenal sebelum dia popular lagi iaitu Sharifah Sakinah juga kepada kakaknya yang baik hati Sharifah Shahira. Saya jadi terkejut dan takut,.. seram pun ada. Orang tak pernah rasa perpisahan dan perceraian akan sentiasa memerli... akan sentiasa mengata dan sentiasa mengutuk.



"Ingatlah. Kita semua manusia. Hidup ni ada putarannya," demikian tulis penyanyi Nourul Wahab yang kesal dengan tindakan segelintir netizen yang melemparkan kata-kata kesat kepada Sharifah Sakinah selepas pelakon itu mendedahkan sudah bercerai baru-baru ini.

Nourul berkata, situasi keruntuhan rumah tangga yang sedang dilalui Sharifah Sakinah sukar difahami oleh orang yang tidak pernah melalui fasa itu. Pada 9 Julai, Sharifah Sakinah mendedahkan sudah berpisah dengan juruterbang Aliff Adha sejak Mei lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang berusia tiga tahun.

Dalam pada itu, Nourul menasihati orang ramai supaya sentiasa menjaga tutur kata agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Tambahnya, tiada manusia yang sempurna malah seseorang itu perlu sentiasa perbaiki diri untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Klik untuk gambar besar

"Jangan kawal hidup orang, tapi kawal hidup kita yang kita tak tahu apa nak jadi pada kita pada masa akan datang. Tengok kain sendiri koyak tak. Tunjuk pada orang guna satu jari, yang datang pada kita empat jari lagi.

"Kata orang macam-macam, tapi sebenarnya bukan orang tu yang kita kata. Tapi kita tunjuk siapa kita sebenarnya. Semoga diberi petunjuk oleh Allah buat kita semua. Tiada siapa yang sempurna. Jadi kita perbaiki diri jadi lebih baik... sesiapa saja," jelas Nourul.

Nourul pernah mengalami kegagalan rumah tangga bersama komposer Ajai pada tahun 2007. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayu Nazirah yang berusia 21 tahun. Dia kemudian berkahwin dengan Eric Daniel Depp, 55, pada pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, 7, Raphael Depp, 5, dan Isabella Depp yang berusia satu tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Nourul Depp & Sharifah Sakinah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: