12 July 2020

PILIH DUDA MUDA 10 TAHUN - LINDA EVA KINI PUNYAI 9 ANAK



"Sebenarnya perkahwinan ini dirancang sejak setahun lepas, tapi anak saya mengalami kemalangan jadi kami terpaksa tunda.

"Bulan tujuh ini genap setahun kemalangan anak saya dan dia sudah sembuh jadi kami rancangan kembali perkahwinan ini," kata bekas anggota kumpulan Eva, Linda, 43, yang selamat diijab kabul dengan seorang duda Mohd Fairuz Ibrahim, 33, di Masjid Kuala Kubu Bharu, pada Jumaat lalu.



Meskipun sebelum itu, dua tahun Linda bergelar ibu tunggal, namun dia meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang sejak tahun lalu itu berjalan dengan lancar.

Untuk info, Linda atau nama sebenarnya Nurhaslinda Ishak, adalah ibu kepada penyanyi Haziq, iaitu bekas vokalis Putera Band.

"Kini saya ada sembilan anak... sekarang kami satu keluarga yang besar.

Klik untuk gambar besar

"Lepas ini rezeki kami adalah rezeki anak-anak kami, tiada istilah anak saya atau anak awak semuanya anak-anak kami," ujarnya pada Mstar mengenai sembilan orang anak termasuk lima daripada perkahwinan terdahulu bersama suaminya seorang ahli perniagaan sebelum bercerai pada 2018.

Tahniah diucapkan!



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: