12 July 2020

RUMAH FLAT GANTI PONDOK BURUK TOK' KI



"RASANYA seperti sudah ada di syurga. Saya tak terfikir sampai macam ini sekali orang mengambil berat terhadap saya.

"Insya-Allah, selagi hayat di kandung badan, saya akan buat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang." demikian rasa syukur Tok' Ki apabila bakal berpindah ke rumah baru.



Ini kerana, Pihak PPZ-MAIWP telah menghulurkan beberapa bentuk bantuan seperti pembayaran rumah sewa, peralatan asas rumah, komputer riba dan juga bantuan kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff telah menyerahkan kunci kediaman itu sendiri pada Tok' Ki seperti yang dijanjikan dalam pertemuan baru-baru ini.

"Diharapkan bantuan yang telah diserahkan oleh PPZ-MAIWP dapat membantu kebangkitan perjalanan hidup beliau ke tahap yang lebih baik dan memberikan sinar baharu kepada To'ki untuk terus berkarya dan berjaya dalam kehidupan," ujar Ahmad Shukri dipetik melalui FB PPZ-MAIWP.

Klik untuk gambar besar







         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: