12 July 2020

GARA-GARA DADAH - PELAKON HAN SEO HEE BERDEPAN PENJARA 3 TAHUN



"Individu yang sedang menjalani rawatan atas pengambil dadah akan diuji secara rambang selama tempoh pemulihan mereka.

"Selain itu, jika individu itu didapati positif dalam salah satu ujian dijalankan, mereka harus dikenakan tindakan," demikian kata wakil di pejabat penguasa Korea Selatan apabila pelakon Han Seo Hee sekali lagi disahkan positif dadah jenis psikotropik.



Untuk info, sebelum ini, Han Seo Hee dijatuhkan hukuman pemulihan selama empat tahun selepas didapati bersalah menggunakan dadah haram sejak tahun 2017.

Kementerian Kehakiman Korea Selatan mewajibkan setiap individu yang berada dalam pemulihan kes penggunaan dadah untuk menjalani ujian sebulan sekali.

Bagaimanapun Han Seo Hee ditahan di sebuah unit rawatan selepas terbukti positif menggunakan ubat-ubatan terlarang dalam ujian air kencing yang dilakukan.

Akibat pelanggaran kali kedua ini, Han Seo Hee bakal berdepan hukuman penjara selama tiga tahun kerana didapati positif ketika menjalani tempoh pemulihan hasil tuduhan dadah sebelum ini.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: