11 July 2020

PU SYED TEMPELAK: "DIA & SAJAT SAMA-SAMA PUNYAI ANGRY BIRD..."



Jika sebelum ini, pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menemplak tindakan Nur Sajat yang berpakaian seksi, terkini dia meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada usahawan kosmetik popular, Safiey Ilias pula. Perkara itu diluahkan menerusi satu posting di Instagramnya. Menurut PU Syed, Safiey juga antara individu yang pada awalnya bertaubat telah kembali semula menjadi 'wanita'.



"Apa lagi nak dikata pada seorang lagi ini yang telah kali kedua bertaubat dan kembali semula menjadi 'paknyah'. Isu taubat adalah urusan dia dengan Allah yang Maha Pengampun, namun isu dia mempromosikan kemaksiatan dan jalan hidup yang songsang kepada masyarakat adalah isu yang paling utama yang perlu segera dirawat sebelum menjadi pandemik yang sukar diatasi.

"Dia dan Sajat sama-sama mempunyai angry bird @ punai dan dilahirkan sempurna sebagai seorang lelaki. Namun disebabkan 'perasan' yang mereka telah terperangkap dalam tubuh lelaki, maka berusahalah mereka untuk merubah segala yang Allah telah jadikan kepada mereka," katanya.

Klik untuk gambar besar

Tambahnya, sifat yang terhasil dari imaginasi songsang ini harus dirawat segera oleh pakar psikatri dan bukan pergi mengadap doktor bedah plastik yang hanya ingin mengaut keuntungan dan merosakkan manusia seperti mereka lagi: "Mereka mempunyai followers 'tengin' yang ramai sehingga mengiyakan sahaja apa yg mereka lakukan," katanya.

Posting berkenaan kemudian mendapat sokongan ramai apabila kebanyakan mereka menganggap tindakan kedua-dua usahawan tersebut semakin melampau. Rata-ratanya mendoakan supaya kedua-dua mereka kembali ke pangkal jalan.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & PU Syed


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: